Tajuk: Peggunaan Brunok
(Molpadia Sp.) terhadap penghasilan daging burger.
Objektif:
- Penghasilan daging burger dengan
menggunakan Beronok.
- Sifat kimia burger diperbadankan dengan
Bronok
- Penerimaan burger Beronok di kalangan
masyarakat.
Pengenalan:
Brunok atau nama
saintifiknya adalah Mopladia Sp.
merupakan sejenis hidupan laut yang seakan-akan gamat dan hidup di kawasan
perairan pantai yang berselut sejuk. Brunok dimakan mentah iaitu dijadikan
sebagai kerabu dan merupakan makanan eksotik komuniti Melayu di Langkawi,
Kedah.
Warna Brunok adalah coklat
kehitaman (tua) atau merah jambu (muda) dan ciri-ciri fizikalnya kenyal dan
elastic seakan-akan isi kelapa dan rasanya masin air laut. Brunok juga tidak
boleh didedahkan kepada haba kerana ia akan menjadi cecair. Apabila dicairkan,
Brunok akan meninggalkan cecair seperti air laut yang keruh berselut dan meninggalkan
sedikit kesan bahagian badan yang tidak dapat dilarutkan oleh haba panas. Dalam
keadaan cecair panas, terdapat pembentukkan jeli. Jika dibiar lama atau cecair
menjadi sejuk, jeli yang terdapat akan hilang dan terlarut di dalam cecair air
masin yang menyebabkan bau hanyir dan rasanya masin air laut.
Cara mencari Brunok agak mengelikan, tetapi ketahuilah
bahawa ia merupakan makanan berkhasiat seperti gamat. Ianya boleh digunakan
sebagai ubat luka ringan, sakit sendi, asma, radang paru-paru, tekanan darah
tinggi dan kencing manis. Brunok juga sangat bagus untuk manfaat kesihatan kaum
lelaki.
Bagi
penghasil berger bronok, kami ingin mengkaji sejauhmana terbentuknya sifat tektur,
bau, warna, rasa, dan penerimaan daging berger bronuk yang akan dihasilkan bagi
produk percubaan.
Kandungan
Khasiat Brunok:
Selain daripada menjadi bahan asas bagi makanan, brunok
memiliki nilai nutrisi yang tinggi dan sesuai sebagai bahan untuk makanan
sejukbeku seperti penghasilan daging burger brunok. Ini adalah kerana brunok
memiliki nilai protein yang tinggi dan rendah kandungan lemaknya. Protein pada
brunok terdiri daripada 80% kolagen, mudah dicerna oleh enzim pepsin dan tidak
mengganggu system pencernaan.
Amino
Asid:
Asid
amino membekalkan nutrient bagi membina protein. Dalam molekul protein,
asid-asid amino saling berikatan membentuk suatu ikatan peptida (-CONH-). Asid
amino mempunyai 20 jenis yang terdiri daripada dua kategori, iaitu asid amino
penting dan tidak penting. Asid amino penting adalah asid amino yang tidak
dapat disintesis oleh tubuh manusia dan harus mendapat bekalan daripada bahan
makanan seharian. Manakala asid amino tidak penting merupakan asid amino yang
boleh disentisis oleh tubuh selagi bahan asasnya memenuhi keperluan bagi
pertumbuhannya. Brunok kaya dengan asid amino, sama ada penting dan tidak
penting. Di dalam tubuh, asid amino atau protein berfungsi sebagai zat
pembangun, iaitu menyediakan bahan-bahan yang sangat berperanan dalam proses
pertumbuhan dan pemeliharaan system tubuh badan. Otot, tulang, gigi, rambut,
otak, jantung, sel darah, enzim, hormone, antibodi dan jaringan tubuh badan
lainnya mengandungi protein. Selain daripada itu, protein berfungsi sebagai
pengatur semua proses yang berlaku di dalam tubuh dan sebagai sumber tenaga
jika karbohidrat dan lemak tidak dapat memenuhi keperluan tubuh.
Mineral:
Mineral termasuk dalam golongan nutrien makro
di dalam sistem tubuh. Brunok mengandungi mineral yang lengkap, antaranya ialah
kalsium, natrium, fosfor, kromium, manganese, ferum, kobalt, zink dan vanadium.
Mineral makro adalah mineral yang diperlukan dalam kuantiti lebih daripada 100
mg sehari. Jenis mineral bersebut adalah natrium, kalsium, kalium, klorida,
fosfor, magnesium dan sulfur. Mineral mikro adalah mineral yang diperlukan
tubuh dalam kuantiti kurang daripada 100 mg sehari. Jenis mineral bersebut
adalah ferum, zink, iodine, selenium, vanadium, kromium, kuprum dan manganese.
Mukopolisakarida:
Kandungan mukopolisakarida dalam brunok
mencapai 10-16%.Mukopolisakarida atau glikosaminoglikan berperanan dalam
pembentukan sifat kekenyalan pada tubuh brunok. Pada manusia, mukopolisakarida
merupakan bahan pembentuk tulang rawan dan berperanan penting bagi mencegah
terjadinya gangguan pada sendi.
Kondroitin Sulfat dan
Glukosamin:
Brunok digunakan sebagai sumber kondroitin
sulfat. Produk kondroitin yang berada dipasaran bersumberkan tulang rawan atau
sirip ikan yu. Kondroitin sulfat yang berasal daripada brunok pula berfungsi
untuk mengurangkan rasa sendi akibat radang sendi. Brunok juga berpotensi untuk
digunakan sebagai bahan untuk rawatan arthritis. Selain daripada itu,
kondroitin juga berfungsi mengurangkan kesan serangan virus, contohnya di
Australia. Saintis di Negara Jepun telah mempatenkan penggunaan kondroitin
sulfat dalam brunok untuk terapi HIV.
Omega 3:
Brunok juga mempunyai kandungan DHA
(docosahexaenoic acid) dan EPA (eicosapentonic acid), di mana keduanya termasuk
dalam kategori asid lemak omega-3. Asid lemak ini sangat berkesan sebagai bahan
anti-penuaan. Omega-3 boleh menurunkan kolesterol tidak baik (LDL dan VLDL) di
dalam tubuh dan dapat mengurangkan risiko penyakit jantung. Selain itu, ia
berfungsi mencegah terjadinya pengumpalan darah, sama ada di arteri ataupun
vena dan ini dapat mengurangkan risiko terjadinya penyakit ganguan
kardiovaskular.
Bahan Aktif:
i)
Saponin Glikosida:
Brunok telah menemui elemen saponin
glikosida, menyerupai struktur bahan aktif kimia dalam ginseng, ganoderma dan
lain-lain tumbuhan herba. Elemen inii sesuai untuk dijadikan bahan anti barah
dan anti inflamasi.
ii)
Enzim Super Oxide Dismutase
(SOD):
Brunok mengandungi bahan yang bersifat
anti-oksidan yang mengawal radikal bebas. Ianya ialah enzim SOD. Keupayaan
bahan anti-oksidan ini bergantung kepada jenis brunok.
iii)
Cell Growth Factor (CGF):
Penemuan unsur CGF pada Brunok telah
memperkenalkan bahan ini yang bertangungjawab untuk merangsang proses
regenerasi atau penjagaan pertumbuhan sel. Selain itu, CGF berperanan penting
dalam mempercepatkan penyembuhan luka.
Kesimpulan:
Disebabkan brunok mempunyai
khasiat dan manfaat yang tinggi dan juga bahannya murah dan kurang komersial,
maka projek ilmiah tahun akhir memilih untuk menghasilkan burger brunok yang
akan membantu menjaga dan meningkatkan kesihatan masyarakat dan penduduk
Malaysia amnya.
Salam , bolehkah kami jadi kan encik sebagai rujukan kami tentang bronok , kalau boleh , kami ingin mendapat kan maklumat tentang encik seperti email dan no telefon encik
ReplyDeleteKat mana sya boleh beli brunok selain lagkawi encik ?
ReplyDelete