Tuesday 26 April 2011

REZEKI DALAM PERNIKAHAN

Di waktu malam yang sunyi di pejabat MPP UMT.. Rasa terpangil untuk membaca maksud kata-kata Allah dlm al-Quran. Melihat terjemahan suatu ayat-ayat Al Quran dari sebuah buku yang membuatkan aku berfikir...

" Dan nikahkanlah orang-orang yang masih membujang di kalangan kamu dan juga orang-orang yang layak menikah dikalangan hamba sahaya kamu laki-laki dan perempuan, jika mereka miskin Allah akan memberi kemampuan kepada mereka dengan kurniaannya.Dan Allah maha Luas (Pemberiannya),lagi Maha Mengetahui" (QS Annur :32)

Perintah Allah agar segera menikahkan orang-orang yang masih bujang di kalangan kita. Bahkan seandainya kita termasuk golongan yang tidak mampu, jangan bimbang Allah swt sendiri akan memampukan kita.:) Insya Allah.. (situasi dkt aku)

Kalau kita belum yakin dengan ayat Allah SWT ini,, perkataan apa lagi di dunia ini yang dapat menjadikan kita yakin terhadap sesuatu eh? Bah kan Rasullulah juga bersabda yang bermaksud:

“Carilah oleh kalian rezeki dalam pernikahan (dalam kehidupan berkeluarga) “
(Hadith riwayat Imam Ad Dhalani) dalam Musnad Al Firdaus..

Dari Abu Hurairah r.a Rasulullah bersabda, “ 3 golongan yang akan selalu di beri pertolongan oleh Allah ialah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah swt ,seorang penulis yang selalu memberi penawar dan seorang yang menikah demi menjaga kehormatan dirinya” (Hadith riwayat Thabrani) dikeluarkan oleh Ibnu Abi Hatim, dari Ad Dur Al Mantsur.

Abu Bakar As Siddiq pernah berkata “ Taatlah kamu kepada Allah dalam apa yang diperintahkan kepadamu iaitu perkahwinan,maka Allah akan melestarikan janjiNYA kepadamu iaitu kekayaan".

Allah telah berfirman “Jika mereka miskin Allah akan memberi kemampuan kepada mereka dengan kurniaannya” (QS Annur:32)

Apa lagi alasan mereka (termasuk aku) yang telah diberi kesihatan tubuh badan ,keinginan yang kuat untuk bersama pasangan dan mempercayai Allah sebagai tuhan untuk mengatakan diri ini belum memilih nikah sebagai jalan? Andai membujang itu suatu pilihan yang diberikan kepada mereka yang beriman. Maka ia adalah sesuatu yang dikategorikan sebagai kehinaan.(Masya Allah..)

Rasullah bersabda lagi, :
”Rasullulah saw melarang Uthman bin Mazun dari membujang,seandainya baginda merestuinya,pasti kami akan membujang" (Sahih Muslim)

Sabda baginda lagi:,
“Barangsiapa mempunyai anak perempuan yang telah mencapai umur 12 tahun,lalu ia tidak segerakan mengahwinkannya kemudian anak perempuan tersebut melakukan dosanya di tanggung oleh ayahnya". (Hadith riwayat Baihaqi)


Ibnu Ma’ud pernah mengatakan, "Seandai tinggal sepuluh hari sahaja dari usiaku ,niscaya aku tetap ingin kahwin agar aku tidak menghadap Allah dalam keadaan masih bujang"

Wahai sekalian alam..(khas untuk manusia je lah..),seandainya mahu merenung akan hadith-hadith ini,apa lagi yang dinanti.,berusahalah sedaya upaya kita untuk menikah ye.. InsyaAllah saya akan laksanakan tak lama lagi.. jodoh awal dapat keberkatan bagi seorang muslimin jika berkahwin pada usia muda kerana hadith yang menyuruh bernikah berbunyi:

Abdullah bin Mas’ud ra: diriwayatkan dari Al Qamah ra katanya:
"Aku berjalan-jalan di Mina bersama Abdullah ra yang kemudian menghampiri Abdullah ra. Setelah berbincang beberapa ketika,Othman ra bertanya,wahai abu abdul rahman;mahukah aku jodhohkan kamu dengan seorang perempuan muda? Mudah mudahan perempuan itu akan dapat mengigatkan kembali masa lampau mu yang indah"

Mendengar tawaran itu Abdullah ra menjawab;

"Apa yang kamu ucapkan itu adalah sejajar dengan apa yang pernah di sabdakan oleh Rasullulah saw kepada kami "

"Wahai golongan pemuda! Sesiapa di antara kamu yang telah mempunyai keupayaan iaitu zahir dan batin untuk berkahwin, maka hendaklah dia berkahwin,sesungguhnya perkahwinan itu dapat menjaga pandangan mata dan menjaga kehormatan.maka sesiapa yang tidak berkemampuan,hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu dapat mengawal iaitu benteng nafsu"
(Hadith riwayat Muslim)

Kalau kita telah berusaha sedaya upaya kita,serahkanlah semuanya pada Allah.. Tawakkal selepas berusaha. Dan Doa secara istiqomah..Dialah yang memberi rezeki.Bukanlah orang itu termasuk dalam golongan tidak mampu,seandainya dia terus membiarkan dirinya saja,tidak berbuat apa-apa lalu apabila ditanyakan kepadanya lalu dia menjawab TIDAK MAMPU... sangat tidak elok yer kawan-kawan..Akan tetapi seorang yang tidak mampu adalah mereka yang telah berusaha sekuat hati ,namun hasilnya tetap di tahan oleh Allah SWT sebagai ujian untuk dirinya.. itu semua kuasa dariNya.. percayalah Allah sentiasa bersama orang-orang yang bertaqwa.. : )

Seorang saudara mengadukan dirinya yang masih kurang iman kepada sahabatnya,
"Saya rasa masih tidak kuat lagi untuk menikah” .

Jawab sahabatnya,
"Justeru kerana kamu masih belum kuat imanlah kamu harus menyegerakan nikah, kan nikah itu menyempurnakan separuh dari agama ?"

Lantas di sebabkan iman kita yang kurang inilah kita harus segera bernikah. Bagaimana sekarang? Luruskan niat, jangan bernikah kerana keSERONOKan di dalamnya,jangan pula kerana orang mengatakannya BAIK atau apa sebab lain pun selain dari ..
"Aku nikah kerana ALLAH dan RASULKU.. dan MERAMAIKAN UMAT ISLAM di bumi ALLAH ini!"

Dan carilah pernikahan yang barakah,mawaddah dan sakinah gitu...Zainab bin Jashyi dan Zaid bin Harithah yang cukup kuat iman mereka pun bercerai akhirnya...kenape??Zaid anak angkat Nabi,kekasih nabi,panglima perang ,manakala Zainab,ummul mukminin, satu figura yang tidak mungkin ada kelemahan dari imannya, mungkihkah lagi keimanan mereka diragukan.Lantas sahabat semua serahkan segalanya pada Allah SWT...

INGAT TAU!! Bahagia bukan terletak pada kesenangan hidup,banyaknya harta,indahnya pasangan,, secomel mane pun pasangan dan sebagainya.Sesungguhnya bahagia itu terletak pada,.. firman Allah ..:

“ Dan diantara tanda-tanda(kebesaran)Nya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri,agar kamu cenderung dan berasa tenteram kepadanya.Dan menjadikan diantaramu rasa kasih dan sayang”. (QS anRuum:21).

Jadi segerakan lah perkahwinan anda.. pesanan kepada yang telah bertunang dan akan bertunang sempena cuti semester lebih kurang 2 minggu lagi.. Jangan bertunang terlalu lama.. kerana syaitan itu telah berjanji dengan Allah Taala akan sentiasa menyesatkan hamba Allah..Kemungkinan sesuatu perkara yang kita tidak mahukan akan terjadi dalam tempoh itu.. Na'uzubillah.. Makanya,, segerakan lah perkahwinan anda: )Insya Allah.. keberkatan dalam Alam rumah tangga itu akan sentiasa wujud dengan Redha dari Allah Taala... hehe macam penceramah bebas pulak.. Motivator Rumah Tangga pun ye jugak.. hehe... Apa yang baik itu dari Allah, yang lemah itu dari saya sendir..Hanya Allah yg mengetahui sekalian alam.. wassalam..

Friday 22 April 2011

Isi Khutbah Sheikh as-Sudais (22 April 2011)

Alhamdulillah.. sempat juga aku mendengar dan melihat siaran ulangan sembahyang Jumaat melalui saluran TV1 yang telah disampaikan oleh Sheikh Abdur-Rahman bin `Abdul Aziz as-Sudais, Imam Masjidil Haram

Antara mesej utama yang disentuh beliau di dalam khutbah di Masjid Wilayah Persekutuan ialah:
  1. Kepentingan meluruskan aqidah di atas aqidah yang betul
  2. Mengambil ISLAM sebagai cara hidup secara keseluruhannya.  ALLAH telah menyempurnakan ajaran ISLAM dan DIA telah redha ISLAM sebagai cara hidup untuk diamalkan.
  3. Sheikh di dalam khutbah beliau sangat menitik beratkan soal ukhuwwah Islamiyyah di antara penganutnya.  Berkali-kali Sheikh menekankan bahawa kita adalah ummah yang satu.
  4. Ummat ISLAM mesti mengikuti sunnah-sunnah Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam dan menjadikan ia sebagai contoh tauladan yang mesti dijadikan rujukan.  Tidak ada cara lain lagi hendak berjaya, melainkan ikut (ittiba’) sunnah.  Sheikh menekankan bahawa Nabi sallAllahu `alaihi wasallam pernah bersabda bahawa semua muslim akan masuk syurga, kecuali yang enggan.  Yang dimaksudkan enggan ialah mereka yang derhaka kepada Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam dengan tidak mengikuti semua suruhan dan tidak menghiraukan larangannya.
  5. Ummat ISLAM mestilah menjadi ummat yang berilmu.  Betapa ISLAM sangat menitik beratkan ilmu.  Justeru, tuntutlah ilmu dan fahamilah ilmu.
  6. Bukan setakat menuntut ilmu dan faham, tapi mesti amal.  Menjadi tuntutan buat kita yang sudah menuntut ilmu, yang ada ilmu untuk mengamalkan ilmu tersebut.
  7. Sheikh as-Sudais mengingatkan tentang kesederhanaan di dalam ISLAM dan betapa pentingnya sifat ini diambil dalam membawa agama ISLAM ke dalam kehidupan.
  8. Sheikh juga menyentuh perihal akhlaq muslimin.  Amat menyedihkan sekiranya akhlaq tidak dijadikan tumpuan ummat ISLAM.  Kerana antara tujuan penting diutuskan Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam ialah untuk menyempurnakan akhlaq.
  9. Sayang-menyayangi sesama muslim juga disentuh oleh Sheikh as-Sudais di dalam khutbahnya. 
  10. Setiap muslim mestilah mempunyai adab dalam perbezaan pendapat.  Perbezaan pendapat dan pandangan di kalangan ummat ISLAM mestilah ditangani dengan ilmu dan diserahkan kepada ahli ilmu.  Janganlah disebabkan oleh perkara-perkara furu`, feqah, ijtihadiah dan lain-lain seumpamanya menyebabkan ummat ISLAM berpecah.
  11. Sheikh mengingatkan juga akan ancaman kepada ummat ISLAM tentang syahwat (perkara-perkara maksiat dan berkaitan nafsu) dan syubuhat (perkara-perkara yang samar-samar dalam kehidupan moden).
  12. Ummat ISLAM mestilah menjadi ummat yang memberikan kebaikan. 

Zaujah

Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu

----------------------------------------------------------------------------------------------------

Kau digelar sebagai penyeri dunia,
Hadirmu melengkap hubungan manusia,
Bukan sahaja dirindui yang biasa,
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa...

Akalmu senipis bilahan rambut,
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu,
Jua hatimu bak kaca yang rapuh ,
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh...

Tercipta engkau dari rusuk lelaki,
Bukan dari kaki untuk dialasi,
Bukan dari kepala untuk dijunjung,
Tapi dekat dibahu untuk dilindung,
Dekat jua di hati untuk dikasihi,
Engkaulah wanita hiasan duniawi...

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok,
Jika datangnya dari kayu yang bengkok,
Begitulah peribadi yang dibentuk...

Didiklah wanita dengan keimanan,
Bukannya harta ataupun pujian,
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa...

Engkaulah wanita istimewa...

Sedarilah insan istimewa,
Bahawa kelembutan bukan kelemahan,
Bukan jua penghinaan dari Tuhan,
Bahkan sebagai hiasan kecantikan...

Tuesday 19 April 2011

Menolong dan Membantu Orang Allah bagi ganjaran serta-merta.

Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Syukur alhamdulillah dengan apa yang aku laksanakan dengan hati yang ikhlas ini Allah swt yang maha mengetahui dan maha adil memberi ganjaran kepadaku. Pada 17 dan 18 April 2011, lawatan pelajar SMK Agama Nibong Tebal datang ke UMT. Pada 18 April juga aku menduduki peperiksaan akhir semester bagi dua kertas yang agak2 susah iaitu 'food law' dan "pre-medic". Dalam lawatan tersebut aku menjadi pengarah program dan mengurus seramai 70 orang pelajar. Pada waktu petang 17/4/2011 aku bersama sekretariat Al-Falah membawa pelajar2 nie bermain di Pantai UMT.

Tetiba sahaja pada pukul 3 petang, pusat Ko-Kurikulum memberi tahu aku yang petang itu aku akan buat program bersama pelajar tersebut. Tanpa apa2 perancangan aku terus memberi tahu sekretariat Al-Falah untuk adakan aktiviti. Nasib la Sekretariat aku nie bertindak sangat pantas dan sangat memberi komitmen dan kerjasama yang kuat. Pada petang itu mereka semua dpt bermain 3 game shj.. yang dirancang 5 game.. masa sangat cemburu dgn kami..

Telefonku berbunyi.. cikgu Zura call.. Dia kata En. Kamal dah sediakan makanan petang untuk pelajar2.. Emmm En. Kamal pun satu.. x bagi tau aku pun.. dah la aku tempah makanan dkt budak2 nie.. Sabar jer lah... Lepas jawab call.. ada plak masalah yg dtg.. sorg budak nie spek dia jatuh dlm air.. ombak kuat so.. x jumpa spek dia.. sian adik tu.. dah la power kuat.. Emmm bila semua penat dan letih bermain.. budak2 nie pun balik dgn basah dan bercampurkan pasir pantai... sampai di asrama mereka pun bersihkan diri dan makan.

Solat maghrib di surau... bdk2 nie x naik surau.. arghhhh.. diaorg lapar dan dok melantak di kafe.. diaorg buat jamak.. so kuliah maghrib oleh sufi pun x ada.. Solat isyak.. diimamkan oleh aku.. selepas solat ada slow MPP bersama bdk2 sekolah nie.. Arghhhh aku x study apa2 lagi nie.. Ingat Allah ja.. slot bersama MPP abis kul 12 pagi.. madzaed byk mainkan peranan dan TQ kepada semua MPP yang terlibat dan juga sekretariat Al-Falah pun turun dan bermain game kotak beracun.. aku respect la dkt sekretariat Al-Falah walaupun mereka juga pada pagi esk akan menduduki exam kimia organik..

Aku bawa note utk dibaca.. tetapi x ada mood nak baca.. lepas ja slot MPP mereka pun balik ke asrama.. pelajar lelaki ja x balik.. mereka smbg main futsal dgn bdk2 diploma perikanan tahun 2 di bawah kawalan Ehsan.  Aku plak menuju ke opis MPP utk study sorg2 sampai kul 4 pagi.. aku balik ke asrama dan tidor..


Alarm pun berbunyi kul 6.15am.. aku bangun solat subuh dan smbg study lagi.. sblm pergi ke dewan exam.. aku solat duha dan solat hajat.. jam 8.47am kaki ku melangkah masuk ke dlm dewan yang sgt dingin utk paper MDK3044 Pre-Medic in Nutrition.. Nasib baik la carry mark 32/40.. final 60%. tepat jam 9 dengan lafas yang mulia aku pun bermula.. arghhhh soalan dia.. nasib baik apa yang aku target masuk sebiji2.. aku pun x tau mcm na aku target soalan tuh.. so happy sgt2.. jawab smpai x cukup kertas.. punya la byk idea mencurah-curah.. kul 11am pun tamat.. aku dok dkt dewan dan x balik sbb kul 12-2 aku da paper food law..

45 minit berlalu.. aku masuk ke dalam dewan semula utk next pper.. bila ketua pengawas suruh buka soalan.. aku buka dengan senyuman.. dan rasa x sabar untuk menjawab soalan.. akhirnya aku selamat menjawab semua soalan walaupun soalan esai suruh jawab enam dari tujuh.. aku hanya terlupa 1 perkataan yang agak2 senang itu URAT MERIH. aku dah baca mcm2 doa utk mengingatkan.. tetapi apa dayanya.. keluar dewan baru dpt ingat..


Kesimpulan dari jalan cerita.. walau apa dugaan dan ujian Allah beri kepada kita.. kita terima dengan redha.. dan jangan cepat putus asa.. Kita menolong orang dan berbakti di jalan Allah, maka Allah tidak segan2 menolong dan membantu kita sbg hambaNya. bersyukur sgt2.. Sujud syukur mengiringi selepas solat zohor.. Alhamdulillah...

Saturday 16 April 2011

Doa Peperiksaan

Doa agar dikurniakan kefahaman yang baik dan ingatan yang sempurna sewaktu menelaah matapelajaran:
اللَّهُمَّ ارْزُقْنَا فَهْمَ النَّبِيِّينَ وَحِفْظَ المُرْسَلِينَ وإلْهَامَ المَلاَئِكَةِ المُقَرَّبِينَ فِي عَافِيَةٍ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ
“Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami kefahaman para Nabi dan hafazan para Rasul, serta ilham daripada para Malaikat yang hampir dengan-Mu, kurniakanlah kami kesihatan wahai Tuhan yang Maha Pengasih.”

Doa sebelum masuk ke dalam kelas atau dewan peperiksaan:
وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدا
“Ya Allah, persiapkanlah kami akan urusan kami dengan petunjuk-Mu.”


Doa apabila terlupa ketika menjawab soalan:
سُبْحَانَ مَن لاَّ يَنَامُ وَلاَ يَسْهُو. اللَّهُمَّ ذَكِّرْنِي مَا نَسِيتُ
“Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lupa. Wahai Tuhanku, ingatkanlah daku apa-apa yang kulupa.”

Doa memohon kejayaan cemerlang:
اللَّهُمَّ إني أسْألُكَ الفَوْزَ عِنْدَ القَضَاءِ وَمَنَازِلَ الشُهَدآءِ وَعَيْشَ السُّعَدآءِ وَالنَّصْرُ عَلَى الأعْدآءِ
“Ya Allah, kami memohon daripada-Mu kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada’, dan kehidupan mereka yang bahagia serta kemenangan ke atas musuh.”

Saturday 9 April 2011

Dinner bersama Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi

Sangat bertuah pada malam nie dapat makan malam bersama Prof. Dr. Rujhan Mustafa, bersama NC, TNC HEPA, TNC Akademik, ketua-ketua pusat tanggungajawab UMT (PTJ). Petang tadi juga aku dijemput sbg MPP ke program penutupan Minggu Siswi UMT. Makan petang aku duduk semeja bersama VIP dan sebelah aku adalah Prof Dr Yang, Pensyarah UKM, Bangi. Hari nie juga aku dapat tempat ke tiga dalam ketegori memasak semperna minggu siswi UMT. Aku mewakili blok At-Termizi. Esok pula aku akan menghadiri satu lagi majlis gilang gemilang UMT iaitu majlis pemasyuran Kompleks Sukan Muhammad Ismail, Pemangku sultan Terengganu.

Wednesday 6 April 2011

DEMAM MENYERANG

Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana diberi masa untuk aku bernafas dibumi yang indah ini. Pada pagi yang dingin dan sunyi ini, jam pula menunjukan pukul 4.02 pagi, aku masih di pejabat MPP melaksanakan tugas yang belum siap lagi dalam keadaan demam. Pada petang tadi 06 April 2011 aku telah pergi ke Klinik Batu Rakit bagi menjalani ujian HIV. Setelah 1 jam 30 minit menunggu, number giliranku pun dipanggil oleh staf nurse dan jariku pun disuntik.. Nurse cakap aku takut sbb tanganku ketika itu berpeluh.. Tak sampai 5 minit keputusan HIV pun dapat diketahui.. Garisan satu, so anda bebas dari HIV.. Tanpa membuangkan masa aku pun terus pergi ke Pejabat Pos untuk pos ekspress kepada ibuku yang berada di Langkawi bagi tujuan kegunaan pejabat agama. 

Saturday 2 April 2011

Penyakit Orang Muda Sekarang

1. Hubungan dengan Allah tidak terjalin dengan kuat.
2. Takut kpd selain Allah dan lemah dlm bertawakal.
3. Tidak memperdulikan masalah fikrah dalam melaksanakan ajaran agama.
4. Merasa tersisihkan dlm hidup.
5. Kurang percaya diri dan terlalu menyalahkan diri sendiri.
6. Kurang sabar dalam menghadapi cubaan.
7. Terpengaruh oleh kemajuan era globalisasi.
8. Tidak memiliki semangat dan terus mengalami kemunduran dan selalu dihantui rasa putus asa.
9. Terlalu yakin dengan pandangan dan peninjauan sepintas lalu.
10. menyia-nyiakan waktu dengan pelbagai bentuk hiburan dan sering menangguh-nangguhkan waktu.
11. Tidak mahu menggali potensi dan bakat diri yang dimiliki.
12. Hubungan yang melemah antara pemuda, penceramah dan ulama.