Saturday 19 November 2011

Suami yang Penyayang

Cara terbaik untuk menjadi seorang suami yang baik adalah menjadi pasangan yang sempurna pada isteri saya. Saya perlu  menjadi seorang ketua dan dalam masa yang sama menjadi seorang teman hidup yang baik. Sekarang, apabila saya berpasangan, saya perlu fokus kepada kehendak pasangan saya dahulu sebelum fokus pada diri saya sendiri.

Berikut adalah EMPAT keperluan untuk menjadi seorang teman yang baik kepada isteri:
a) Menjadi seorang pendengar yang baik
Untuk mengelakkan diri saya dari bergaduh akan perkara yang sia – sia, saya perlu menjadi seorang pendengar yang baik. Kadangkala walaupun wanita suka berleter atau suka bercerita, tidak bermakna dia marah pada saya. Sebaliknya, wanita memang suka meluahkan apa yang mereka rasa melalui bercerita atau berleter.
Sebagai suami yang baik, saya dengar sahaja sehingga habis dan ambil berat apa yang isteri saya utarakan. Fahami sepenuhnya apa yang dia sampaikan, kemudian barulah saya bertindak berdasarkan perkara yang di adu.
b)Sentiasa menerima nasihat isteri
Apabila isteri bersuara mengenai sesuatu, saya dengar apa yang hendak di sampaikan oleh dia. Kadangkala, nasihat isteri lebih bagus dari buah fikiran saya sendiri. Sebagai lelaki, saya lebih suka bertindak bersendirian. Sebagai teman yang baik, saya perlu tahu pendapat isteri saya sebelum saya memulakan sebarang tindakan. Ini kerana wanita walaupun dia berfikir jangka pendek, mereka berfikir semua perkara serentak dan ia berbeza dengan lelaki yang berfikir panjang tetapi hanya berkisar pada satu matlamat sahaja. Jika masalah itu rumit, dapatkan bantuan isteri untuk menyelesaikan masalah tersebut. Isteri sebenarnya sangat suka membantu lelaki yang mereka sayang. :)
c)Sentiasa bermain cinta
Setiap hari anda perlu menggoda dan menggoda pasangan anda. Ini kerana cinta yang hebat adalah percintaan yang berlaku berulang – ulang kali... :)
d)Berkerjasama
Perkahwinan adalah hubungan give and take. Belajar untuk bekerjasama dengan isteri. Menjadi suami yang baik tidak sukar jika kita sedia untuk menjadi seorang teman hidup yang baik pada isteri kita. Fokus pada isteri dan saya akan menjadi suami yang baik secara tidak langsung.

1 comment: